Jimat sehingga 50% apabila anda Online Tiket Bas dalam untuk PRU15 2022 Malaysia di redBus
Tidak lama lagi, rakyat Malaysia yang sudah cukup umur dan layak mengundi bakal menjalankan tanggunjawab mereka dalam menentukan hala tuju negara. Pilihan Raya Umum kali ini adalah sangat penting. Jadi, redBus ingin menawarkan diskaun untuk pembelian online tiket bas dalam talian secara dalam talian dengan penjimatan sehingga 50% di bawah kod promo JOMUNDI untuk membantu mereka sampai ke pusat mengundi masing-masing.
Pilihan Raya Umum ini juga bakal menyaksikan golongan-golongan muda membuat undian mereka buat kali pertama dan ini boleh mempengaruhi majoriti undian yang belum pernah negara kami saksikan.
Bagi mereka yang masih baharu dalam proses pengundian, jangan risau. redBus akan membantu anda dalam menyatakan cara-cara untuk mengundi. Baca dan ikuti langkah-langkah berikut yang telah ditetapkan oleh SPR:
● Sila masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk.
● Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Kemudian, tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
● Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pasti No. Kad Pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.
● Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.
● Terima kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. (Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya).
● Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
● Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.
● Masukkan kertas undi dalam Peti Undi yang betul.
● Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
● Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.
Namun, harus diingat juga untuk mengenal pasti kertas undi yang tidak sah dan tidak akan diterima bagi proses pengundian seperti yang berikut:
- Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi
- Undi diberikan lebih dari satu calon
- Menulis perkataan pada kertas undi
- Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
- Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi
Menurut SPR, selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi. Syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.
Diingatkan kepada semua untuk membuat penilaian dan pilihan secara jujur tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak terumatanya sekali dari segi rasuah mahupun kecaman.
Tempah Online Tiket Bas Dengan redBus – Perjalanan Mengundi
Tidak kira di mana jua kampung halaman yang harus anda pulang untuk mengundi, redBus menyediakan perkhidmatan bas merangkumi seluruh laluan utama di Malaysia dan juga Singapura. Anda boleh menempah bas dari KL ke Singapura dengan mudah, bas dari KL ke Pulau Pinang. Terminal Bersepadu Selatan menjadi titik pertengahan buat perjalanan dari KL ke JB, mahupun ke Pulau Pinang. Lokasi-lokasi lain yang turut disediakan adalah:
- Kuala Lumpur
- Malacca
- Penang
- Johor Bahru
- Ipoh
- Kuantan
- Singapura
Syarikat rakan kongsi seperti Transnasional, Mayang Sari, Sani Express, Plusliner, Supernice Grassland, KKKL Express, Causeway Link, Aerobus, Cepat Ekspress, Cosmic dan lain-lain juga tersenarai dalam perkhidmatan tempahan kami. Pilihan terletak di jari anda.
Tawaran Istimewa
redBus juga menawarkan diskaun dan kod promo lain buat anda semua dalam meringankan beban kos perjalanan dan penginapan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum yang ke-15 ini. Kami prihatin terhadap anda sebagai seorang pengguna redBus dan juga sebagai rakyat Malaysia yang bertanggugjawab. Sila layari bahagian tawaran untuk maklumat lebih lanjut. Tertakluk pada terma dan syarat.