Online Tiket Bas

Menara Petronas – Informasi Menarik Yang Anda Perlu Tahu

Menara Petronas
4/5 - (4 votes)

Setiap kali nama Malaysia disebut atau bermain difikiran, gambaran menara berkembar Petronas adalah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran setiap orang. Selain menjadi keajaiban seni bina, ia adalah salah satu daripada sepuluh bangunan tertinggi di dunia. Ia juga merupakan salah satu tempat pelancongan paling sibuk di negara ini, di mana ramai orang berkunjung untuk melihat menara ini. Ramai yang setuju bahawa perjalanan sesorang pelancong ke Kuala Lumpur tidak lengkap jika tidak melawat Menara Petronas.

Sejarah Menara Petronas

Pembinaan Menara Petronas dimulakan pada tahun 1993 dan setelah mengambil masa enam tahun, ia disiapkan pada tahun 1999. Persaingan sengit antara dua syarikat pembinaan yang dilantik oleh Malaysia menyebabkan projek ini siap dalam jangka masa yang singkat. Salah satu syarikat tersebut adalah Hazama Corporation dari Jepun, manakala syarikat saingannya dari Korea Selatan adalah Samsung C&T Corporation. Kedua-dua syarikat ini bersaing untuk menyiapkan menara masing-masing, oleh sebab itu masa purata yang diperlukan untuk membina satu tingkat mengambil masa kurang dari empat hari. Syarikat yang dapat menyiapkan pembinaan terlebih dahulu akan mendapat hak untuk membina jambatan langit. Syarikat Korea berjaya mencapai matlamat ini dengan kadar yang cukup mengagumkan kerana mereka memulakan pembinaan sebulan selepas syarikat pesaing Jepun mereka.

Satu lagi fakta menarik mengenai pembinaannya ialah ia dibina dengan bongkah konkrit dan bukan besi. Ini membantu mengurangkan kos pembinaan dan memastikan strukturnya lebih kuat dan tidak bergoyang banyak.

Fakta Senibina

Menara ini direka oleh arkitek terkenal dari Argentina, Cesar Pelli. Diilhamkan oleh prinsip-prinsip Islam, bangunan ini menerapkan banyak unsur Islam di bahagian dalaman dan luarannya. Bahagian dalamannya menyerupai kraftangan dan corak tenunan negara Malaysia. Campuran keluli tahan karat dan kemasan kaca menghasilkan pembentukan corak Islam yang indah. Plat lantai setiap menara membentuk bintang lapan titik, yang mewakili kesatuan, kestabilan, keharmonian dan pemikiran rasional, yang merupakan prinsip-prinsip penting agama Islam.

Setiap menara mempunyai 88 tingkat dan lima tingkat tempat letak kereta bawah tanah. Ketinggian menara Petronas adalah 452m. Setiap menara terbenam 120m ke dalam tanah dan beratnya 600,000 tan. Selain itu, ia bebas dari kepanasan dan sinar UV yang berlebihan kerana disalut dengan kaca berlapis pada permukaannya. Masa yang diperlukan untuk membersihkan setiap panel kaca adalah dua bulan.

Bahagian dalam menara diilhamkan oleh tenunan songket Malaysia dan lantainya pula mengambil inspirasi daripada tenunan pandan dan tikar dinding bertam. Dek pemerhatian yang terletak di tingkat 86 kedua-dua menara ini memberikan pengunjung pemandangan 360 darjah bandar Kuala Lumpur dan berada pada ketinggian 370m.

Jambatan menara Petronas atau jambatan langit yang menghubungkan kedua menara ini terletak pada tingkat 41 dan 42. Jambatan ini direka untuk tahan daripada pergerakan angin berkelajuan tinggi semasa cuaca buruk. Jambatan langit adalah 170m di atas tanah.

Aktiviti-Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

  • Menara satu menempatkan syarikat minyak Malaysia, Petronas dan anak syarikatnya. Menara kedua pula menempatkan banyak syarikat korporat seperti Barclays, Reuters, Al-Jazeera, Bloomberg, IBM dan lain-lain.
  • Menara KLCC atau menara berkembar Malaysia sentiasa menjadi tarikan untuk pelbagai aktiviti menarik seperti membeli-belah, galeri seni, pusat sains dan akuarium. Menara berkembar dikelilingi oleh Taman KLCC yang indah, di mana anda akan menemui trek joging sepanjang 1.3 km dan taman permainan kanak-kanak. Di samping itu, terdapat tarikan seperti air terjun, air pancut dan kolam yang akan memberi pengunjung pemandangan yang cukup menakjubkan.
  • Terdapat 300 kedai di pusat membeli-belah KLCC, dimana anda boleh mendapat barang-barang berjenama antarabangsa yang diimport dan jenama mewah. Ia dikenali sebagai pusat membeli-belah terbesar di Malaysia. Pusat Sains Petrosains mempamerkan penemuan dalam bidang petroleum serta asal-usulnya bermula dari zaman dinosaur hinggalah ke bahan terbitannya pada zaman ini.
  • Pelancong juga dapat menikmati pemandangan dari dek pemerhatian dan jambatan langit.

Anda perlu membeli tiket untuk melihat kehebatan menara berkembar ini. Tiket menara berkembar Petronas boleh dibeli di kaunter, di mana ia dijual mengikut dasar datang dahulu, layanan dahulu. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya barisan sentiasa panjang di kaunter, dan jika anda tidak mahu beratur, anda boleh membeli tiket secara online.

Perjalanan Ke Menara Petronas

Menara Petronas terletak di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, yang boleh anda sampai melalui jalan darat atau menaiki penerbangan. Kuala Lumpur mempunyai lapangan terbang antarabangsa. Laluan penerbangan KLIA menghubungkan ke hampir semua bandar utama di seluruh dunia. Jika anda berada di Malaysia dan merancang untuk menaiki bas ke KL, itu adalah pilihan yang jauh lebih murah dan mudah didapati dari bandar-bandar popular . Anda boleh menempah bas dari Singapura dengan mudah dan juga mendapatkan tiket pergi balik untuk bas dari KL ke Singapura. Sebagai alternatif anda boleh menaiki bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur juga.

Terdapat banyak bas untuk pergi ke menara berkembar. Bas lebih murah berbanding mod pengangkutan lain. Pelancong boleh menaiki bas dari stesen bas Titiwangsa untuk sampai ke menara berkembar. Sebagai alternatif, anda juga boleh menaiki bas dari stesen bas Maluri di Jalan Cheras untuk sampai ke Suria KLCC.

Satu lagi pilihan adalah bas GO KL yang membawa pelancong ke kawasan tarikan utama di bandar ini. Ciri terbaik bas ini adalah mereka beroperasi secara percuma. Bas berlepas setiap 10 minit dan boleh memuatkan 65 penumpang. Untuk sampai ke menara berkembar, anda boleh menaiki bas laluan hijau GO KL yang berulang-alik di antara Bukit Bintang dan KLCC. Bas beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam dan senang dilihat kerana bas-bas tersebut berwarna merah jambu. Anda akan mendapati menaiki bas sangat selesa dan bersih untuk perjalanan yang menyeronokkan.

Untuk perjalanan yang lancar, anda dinasihatkan untuk menempah bas online ticket di redBus. Apabila anda menempah online tiket bas, anda dapat menikmati diskaun istimewa. Proses tempahan adalah mudah dan hanya mengambil beberapa minit sahaja.

Hi, I’m Pooja

Pooja is a blogger at redBus. You will find her watching a film, animating, doodling or cooking, when she is not writing.